Artikel asal boleh d baca d sini Rasa tak rugi jika boleh luang sikit masa memahami artikel ini. Ust. Hasrizal (Saifulislam) pernah menjadi tetamu myUAE-PRO tahun lalu.
“Okay, kita nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor, siapa yang nak jadi ketua?” saya bertanya kepada anak-anak.
“Abi!!!” mereka sebulat suara memilih saya.
“Baik, kalau Abi jadi ketua, semua orang kena dengar cakap Abi. Kalau Abi suruh tidur, semua kena tidur. Kalau Abi ajak balik bilik dan berhenti main air, semua kena ikut balik bilik, boleh?” saya menjelaskan makna ketua kepada pengikut.
“Boleh!” jawab Saiful Islam dan Naurah.
Sentiasa boleh. Tetapi bila sampai masanya, macam-macam pula ragam mereka.
“Kalau Abi tak ada, nak dengar cakap siapa?” saya bertanya lagi.
“Umi!” kata Naurah.
“Bagus. Dengar cakap Umi macam dengar cakap Abi, okay?” saya menambah.
“Okay,” mereka menjawab.
SUNNAH
Ajak anak-anak bermesyuarat
Teringat saya kepada hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Apabila tiga orang bermusafir bersama, hendaklah dilantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua” [riwayat Abu Dawud, daripada Abu Said al-Khudri radhiyallaahu 'anhu]
Begitulah cara Islam mengajar dan mendidik penganutnya hidup bertertib lagi sistematik. Soal keluar bermusafir itu mungkin sekadar rutin biasa yang diulang-ulang dari semasa ke semasa. Tetapi di dalam rutin itulah diselitkan unsur ketertiban hidup lantas salah seorang harus mengambil tanggungjawab menjadi ketua.
Ketua dalam erti kita mengambil tanggungjawab terhadap kebajikan dua rakannya.
Ketua yang membantu membuat keputusan-keputusan biar sekecil mana pun persoalannya.
Ketertiban ini diterapkan bermula daripada solat berjemaah hinggalah kepada bermusafir secara berjemaah. Kehidupan di dalam solat dan di luar solat, Muslim diajar agar duduk di dalam tatacara kehidupan yang terpimpin. Ada yang memimpin, ada yang dipimpin.
Latar belakang kehidupan yang sebegini, menjadi penjelasan yang paling terang lagi rasional mengapa para sahabat radhiyallaahu ‘anhum tidak bertangguh berkumpul di Tsaqifah Bani Sa’idah untuk mencari pemimpin menggantikan kekosongan posisi itu yang berlaku akibat kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, biar pun jasab baginda masih belum lagi dikebumikan.
Tidak harus Muslim hidup tanpa pemimpin dan kepimpinan.
Semua ini adalah asas kepada apa yang kemudiannya dinamakan sebagai POLITIK.
Politik yang didefinisikan dengan sebagai Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi (memelihara agama dan mengurus tadbirkan dunia dengan agama itu) di dalam kitab al-Ahkaam al-Sulthaniyyah adalah peraturan Allah kepada tamadun manusia. Kehidupan berperaturan, terpelihara di antara peranan dan hak masing-masing, adalah kehidupan yang mengangkat darjat manusia sebagai makhluk penghulu yang tinggi.
Inilah asas politik.
Mendidik manusia hidup berperaturan.
Mencegah manusia daripada kehidupan anarki.
KEGANJILAN ISLAM AKHIR ZAMAN
Namun, sama seperti dakwah, kalimah politik itu juga terjebak ke dalam pelbagai persepsi yang membingungkan. Dalam suasana kucar kacirnya isu semasa yang tidak pernah berhenti itu, sering sahaja kita terkeliru di antara politik, kepartian dan sentimen kepuakan. Perubahan kecenderungan pengundi yang beralih daripada Parti A ke Parti B bukanlah isu utama, biar pun ia menjadi sasaran terbesar massa. Apa yang lebih penting ialah sejauh mana masyarakat memahami politik dan seterusnya terus berstamina menyertai tanggungjawab Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi dan bukannya bertindak memencilkan diri daripada politik.
Apatah lagi di kalangan Muslim.
Muslim yang urusan pengebumian jasad Nabi mereka jatuh nombor dua selepas keutamaan diberikan kepada soal kepimpinan dan ketertiban hidup yang menjadi Sunnah itu.
Akan tetapi, tatkala disebut tentang solat, semua orang mendengarnya tanpa rasa terganggu.
Apabila dibicarakan tentang zakat, aman sahaja manusia berfikir mengenainya.
Tetapi jika politik disebut, semua menjadi panik.
Ibu bapa boleh tenang sahaja melihat anaknya mendungukan diri di hadapan PSP dengan koleksi A keputusan peperiksaan di keliling pinggangnya, tetapi dengan segera tersampuk dengan igauan besar jika anaknya tiba-tiba berbicara soal politik. Lembab dengan ideologi AKU TIDAK PEDULISMA dianggap cerdik, berbicara dalam bahasa kepedulian tentang persoalan Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi dianggap sebagai kebodohan yang mengundang padah.
POLITIK SEBAHAGIAN DIRI
Politik itu seni.
Ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya.
Soal mahu menjadi AHLI POLITIK atau tidak adalah soal kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik. Benar sekali kata Michael B. Coleman, ahli politik daripada Parti Demokrat Amerika Syarikat, “You may not be interested in politics, but politics are interested in you“.
Muslim tidak mampu untuk tidak peduli kepada politik. Politik itu adalah seni mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu juzuk terpenting dalam agamanya, Islam. Memencilkan diri daripada politik bermaksud meninggalkan cabang besar amar makruf dan nahi mungkar. Tidak mungkin tanggungjawab ini terbiar, melainkan pasti ada dosa dan fitnah yang mengiringinya.
Muslim boleh mengambil sikap non partisan sebagai satu bentuk pendirian politiknya. Mereka melaksanakan urus tadbir kehidupan manusia melalui badan-badan NGO atau pertubuhan kebajikan, mengikut kebolehan dan peluang masing-masing. Tetapi Muslim tidak boleh mengambil sikap tidak mengambil peduli kepada politik hanya kerana tidak mahu peduli kepada parti.
Justeru, membiaknya spesis Muslim yang alergik dengan politik adalah wabak yang mengundang kehancuran.
Dalam sopan mereka menjadi oportunis, dalam diam mereka menjadi kaum yang manipulatif. Semuanya gara-gara mahu aman tetapi tidak mahu menyumbang kepada keamanan. Mahu keselamatan tetapi tidak mahu melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Lantang mengkritik polisi-polisi yang menjadi beban, tetapi terlalu malas untuk bertindak lebih daripada sekadar mengkritik. Mereka menikmati keamanan hasil penat lelah orang lain, mereka menikmati keselamatan hasil jerih payah orang lain.
SEKADAR DI PINGGIRAN
Iman manusia seperti ini adalah iman di pinggiran.
“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan Dunia dan Akhirat. Itulah kerugian yang terang nyata” [al-Hajj 22: 11]
Politik dan dakwah bergerak seiringan.
Keperluan kedua cabang kehidupan ini menyebabkan Nuh ‘alayhi al-Salaam dan sekalian Nabi dan Rasul mengambil jalan yang sama. Dalam dakwah mereka kepada keluarga dan komuniti terdekat, mereka juga tidak pernah meninggalkan urusan menasihati, menegur malah berkonfrontasi dengan golongan al-Mala’.
Tiada makna dakwah disempitkan pada sekadar menjaga urusan keluarga yang duduk di bawah circle of influence kita, jika urusan golongan penguasa (al-Mala’) yang duduk di bawah circle of the influencing people itu dibiarkan sewenang-wenangnya.
Justeru, usaha melahirkan generasi yang peka dan celik politik itu penting.
Semasa anak-anak di bangku pengajian universiti, mereka harus belajar untuk faham tentang politik. Keterlibatan mereka di dalam persatuan-persatuan, bercakap dan bertindak terhadap kebajikan masyarakat kampus, kepedulian mereka terhadap apa yang berlaku di sekeliling diri, semua itu mesti didedah, dilatih dan seterusnya ditempa masuk ke dalam jiwa mereka.
Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir syarikat mereka bekerja nanti.
Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk menguruskan jabatan tempat mereka berkerjaya nanti.
Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir keluarga tempat mereka berkehidupan nanti.
Politik diperlukan di semua peringkat hidup. Dan oleh kerana manfaat politik akhirnya sampai kepada sebuah keluarga, maka keluarga jugalah seharusnya menjadi tempat anak-anak diperkenalkan dengan politik, iaitu hidup berperaturan, mengenal tanggungjawab juga peranan, berlatih membuat keputusan dan hidup berpegang kepada nilai keprihatinan.
SEKUNDER KEPARTIAN
Soal kepartian, itu tidak lagi menjadi kekeliruan atau kebingungan dalam membuat pilihan, andai politik sudah dikenali dari akar, menjalar ke batang dan pucuknya di julang.
Idea politik sebagai ibadah, politik sebagai amanah, politik sebagai tanggungjawab, politik sebagai amar makruf dan nahi mungkar, pasti sahaja wadah politik yang dipilih adalah wadah politik yang beribadah, amanah, bertanggungjawab dan jauh dari koruspi dan orientasi kepentingan peribadi.
Didik sahaja anak-anak cintakan keadilan.
Didik sahaja anak-anak bencikan kezaliman.
Didik sahaja anak-anak berlumba-lumba memelihara amanah.
Didik sahaja anak-anak bekerjasama menentang kianat.
Didik sahaja anak-anak dengan kebebasan memberikan pandangan dan bersuara.
Didik sahaja anak-anak dengan keberanian menyuarakan pendapat tanpa tergadai budi pekerti semasa setuju atau sebaliknya.
Itu teras berpolitik di gelanggang massa suatu hari nanti.
Gadis ini sangat ‘outspoken’ menegur politik di rumahnya
“Abi cakap Abi nak buat cucur pisang,” kata Naurah marahkan saya.
“Pisang dah busuk sangatlah Naurah. Tak sesuai nak dibuat makan!” saya cuba memberikan penjelasan.
“Kalau pisang dah busuk, kenapa Abi janji nak buat cucur pisang? Tak payahlah janji-janji. Tak tepati janji berdosa,” Naurah ‘menegur’ amir al-mu’minin di rumahnya.
Saya hanya mampu mengangguk. Akur bahawa semasa saya memberitahunya yang pisang buruk di atas para itu tidak boleh dimakan mentah, ia sebenarnya juga sudah tidak boleh dibuat cucur. Tetapi saya menyebutnya dengan harapan anak-anak berhenti mendesak.
“Abi minta maaf,” saya menghulurkan tangan meminta kemaafan.
“Lain kali jangan buat lagi ya!” kata Naurah.
“Baik puan,” saya mengangguk.
Di dalam rumah kami semua orang bebas menegur dan semua orang harus belajar menerima teguran. Ibu bapa menegur anak-anak, mereka juga berhak menegur ibu bapa. Itulah etika politik dan kepimpinan rumah Abu Saif, dalam subjek ‘mendidik anak berpolitik’.
Apa yang penting ialah kesedaran tentang politik itu juga memberi ibrah, andaikata pisang sudah busuk, janganlah berjanji untuk menghidangkan apa-apa yang manis dan baik untuk disantap. Moga politik Malaysia tidak terus dilamun impian menjamah cucur manis dari pisang yang sudah buruk setandan itu.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 Ampang
Sunday, April 5, 2009
Saturday, April 4, 2009
taxi+kfc+safety guard
wat a day!
today is my saturday alternate leave day..
ive finished with najeys bungalow part design plan
plannin to go to villa 6 to send the mail to najey cos of some circumstances that is unaccidnetly happened..
since last nite the db trips...effecting all the lights and aircond in our room...
then this morning..i have to do my work at the dining area..gosh it was so smelly wif the ''shoes odour plus this n that'' it was just yucks!!
so..i went to villa 6..i cannot get any network to settle my work.! yeu!! i just hate today!
then my journey starts...called for the taxi..the driver dont hhave any credit n asked me to call him back..wth...dah le tunggu dkt 30min..panas sial!!
then the driver was seriously bodo jalan..aku lg terror bole?
i need to send my resume to dubai taxi comp la....be the nest 2 fast2furios on the road...
then..arriving at syeilas rose apartment...the taxi driver dont have any change..i hve to asked him to drive me to nearest kfc(for syeila cos she is really into it)...then even the cashier was sucks!!!i hate everyone here..yucks...
n oso the guard of the apartment....he needs my name..whatever!! here..am
hanging out at syeilas crib!!...cooking a bubur jagung heheh..tp syeila yg masak..i just instructed her heheh..
eh..gtg...nk balik naik cab ni...terpakse..sian pjon!!
drunken master
anyone have ever find something suspicious from ur friend?
a cigar..can be smoke in front of u...
a pork..of course they cannot eat it in front of u...
how bout vodka?magharita...plus2..chivas regal...hahah..
ive learned...these things are the names for d alcoholic drinks...
n yes...absolutely the thing that were playing in ur mind just now..
ive found this.. from a pic...n its from somebody that looks like an angel...
gulp!!
seriously people cant b judge by their decisive looks...
but how quite they are...how polite their words are...
its all in their heart...
a dirty heart of a human can be judge wif being their friend...
no maybe not..maybe i wasnt rite...am i?
blablabla...
my head is spinning wif lotsa q..
queries..questions...everything...
actually am speechless..n this thing i only shared wif aj,pj,nj,....
am scared to show it to other ppl..might be hurting somebody..
i hope Allah will forgive them for ignoring ur advises...mashaAllah..
Wednesday, April 1, 2009
ade gak orang yang takmo kawen kan..
aku ade jumpe gak akhirnye org takmo kawen..
takmo ade anak..takmo ade semua..pelik la..........
tp secara kritikalnye dier takmahu anak2nye rossak dan dirosakkan..
erm..takmo tanye byk nanti emo pulak tuan punya badan...
but what ive found out thru the web is this..
Bagi mereka yang yakin tidak mampu melaksanakan tugas-tugas sebagai suami isteri, atau sebenarnya ia tidak berminat kepada hidup berpasangan, maka haram baginya berkahwin. Hukum ini sama sahaja bagi lelaki mahupun wanita.
marriage is forbidden(harem) if the person cant take responsibilty of being a good husband or wife...or maybe the person is not into living as a couple..so its haram for the person to get married...
erms..haram pon ade kan.so berhati2 dgn niat masing2...

a cigar hunt
i posted a note regarding the similarities between the cow and the smokers..
the feed back was a unthinkable...
some of them thinking too narrow..
and some of them were open minded about this whole thing..
lemme post it here and give u an idea about the issue...my reply (to prevent from any misconcept or people might be misjudge me) is in blue colour...
Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz
Share
Sun 12:17pm Edit Note Delete
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. "Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. "Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). "Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat. Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama
Updated on Sunday · Comment · LikeUnlike
You and Cima Syamil like this.
Cima Syamil likes this.
Nurul Ain at 1:04pm March 29
han ckp nasib baik dia x smoke...
good having a non smoker husband..save ur money save the earth n save ur age..rite?
Jazmin Zule at 1:18pm March 29
hehehe...cane ngan shisha erk...erk..okies2i berenti blk msia nanti ehheeh
at the moment im commiting this promise
Mohd Ashriq Mohd Basri at 3:01pm March 29
xpatut samakn ngan binatang....maknanya mkn daging lmbu pun hina gak arr??
u really dont understand what nik aziz was trying to say rite?he was just trying to judge the people smokes and the cow's low morale..coz they dont have otak la...so..the smokers is not respecting other ppl around and the surrounding it self..they smokes freely without having any guilt to the kids or their wife or gf that might be next to him/her..is that true?anyone to support this?
Shaf Apek at 6:31pm March 29
mcm mana org yg di anggap 'alim' blh keluarkan statement mcm ni..betul tu sapa makan lembu pon hina la..wtf
wtf?seriously ill mannered for this person...just because u didnt favor this nik aziz,doesnt mean u can say such thing...respect others n ppl will respect u ...its simple
Asyeeqeen Tamin at 9:05pm March 29
Merokok mmg membahayakan kesihatan, bukan kesihatan sendiri sahaja malah orang lain sama, bagi yg berfikiran positif, tentu dpt melihat iktibar disebalik kata-kata seorang ulamak, yg sudah tentu alim dengan apa yg diperkatakannya.
Ibrahim Norhashimah at 12:42am March 30
think positif k
Shaf Apek at 2:37am March 30
masyaallah!!!
Nurul Akmam at 2:41am March 30
bukannya apa, hina tu bermaksud, dah jelas rokok tu haram, masih mahu isap rokok, lembu pun tahu nak menilai antara rumput dan lumpur.pastinya lembu pilih utk makan umput, bukannya lumpur
thanks nurul...such a simple xplaination but indeed a good thing to learn..
Shaf Apek at 3:04am March 30
rokok haram??
pls google it la...
Jazmin Zule at 8:00am March 30
aahlaSHAF,ROKOK HARAM SETAU AKU LA.TP ADA KEADAAN DARURAT YG MBENARKAN KTE AMIKNYA
Asyeeqeen Tamin at 8:38am March 30
sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak menghormati seorang yang lebih tua, tidak menyayangi seorang yang lebih kecil dan tidak mengakui hak seorang alim.” (Riwayat Ahmad, disahihkan oleh Al-Albani)
Kamarul Azman at 11:01pm March 30
kalo haram..... lepas merokok kena samak ler!!!! rokok najis mughalazah ker muhafafah????? sapa letakkan hukum sila jawab........
mmg melampau..lg dah phm lg nk tanye..tak sume brg haram kene samak la.........minum arak kene samak ke?wtheck..susah tul kalo org nk menang aje..
Asyeeqeen Tamin at 8:31am March 31
uik.. bukan semua yg haram tu kita kena samak... Lgpun.... perkara yg memudaratkan kesihatan dan membawa akal kita melayang2.. tu... dianggap haram dari segi islammcm merokok = memudaratkan kesihatan dan menghayalkan if dos berleibhanarak = menghayalkan, mengakibatkan akal kita tidak berfungsi dengan bagus. apatah lagi. menghilangkan lagi daya fikiran positif
En Nal Jinnal at 9:00pm March 31
kamarul azman tuh baru akil baligh kah?dah mandi wajib blom?kihkihkihkih..ahahahaha..
hhaha..thanks jennal
erms..after the class end..as usual k.azman will send me back home...
but yesterday...there was msyahrull.i ...
they both were very sangap bcoz got no bekalan..(no cigar)..
they already searched the whole car..
I was just laughing and advising an reminding k.azman of the notes posted..
he was just laughing along and remind me that he will stop smoking once arrived at msia...
yeah!!!! hope that he will have the courage to do that..InshaAllah...
so the stories goes...we stop at emarat(petrol station at dubai)...to bought-me buying minreal water n bread..k.azman looked for his n his mate cigar...
i joked him telling that he might be too small to buy cigar haha..n what he answered..theres no cigar here omg..i was laughing all the way to the next station..
Allah answered my prayer for not giving chance for them to burnt their money..heheh
but atlast for nearly an hour searched...they have their peace of mind stuff at d grocery shop nearby my house..hahah..
that was a great thing...a change that u need in a friend...a good ones..but theyll never know..nvmd..just pray!!

Subscribe to:
Posts (Atom)